Pada posting kali ni saya nak berkongsi mengenai satu teori/peraturan asas dan paling penting dalam fotografi yang dinamakan 'Rule Of Third' ataupun Peraturan Tiga(btol ke ni) huhu... Senang sket nk menulis, saya term kan Rule Of Third ni sebagai RO3(mcm formula kimia la pulak)..
Baiklah.. apa itu RO3? pertamanya, anda perlu membuatkan 2 garisan menegak dan 2 garisan melintang yang menyilangi 2 garisan menegak tadi.. Faham x? kalau x fhm, tgk pada gmbr ni...
rule of third
Apabila anda hendak mengambil sesebuah gambar, anda perlu membayangkan titik persilangan ini . Titik persilangan dalam garisan ini memberi anda peluang untuk memilih bagi meletakkan 'centre of interest' untuk komposisi yang baik. 'Centre of interest' boleh saya katakan sebagai fokus utama kita.
Senang kata, 4 titik persilangan(yang digelapkan pada gmbr) adalah titik2 terbaik untuk anda meletakkan subjek atau fokus anda.. tapi ingat, ada beberapa perkara dan teknik lagi yang perlu anda ikuti untuk menghasilkan sesebuah gambar yang menarik.
dosize.com
Lihat pada gambar di atas. Kerusi adalah merupakan fokus utama dalam gambar ini. bagi mengaplikasikan RO3 ini, kerusi/fokus diletakkan pada salah satu titik persilangan tersebut.
photo96.com
Kita lihat pada gambar burung yang pertama. subjek fokus diletakkan pada tengah-tengah gambar. perkara ini selalu kita buat, tetapi harus diingat, tdak semua gambar sesuai berkeadaan begini. contohnya pada gambar ini yang meletakkan burung yang sedang terbang di pertengahan gambar atau 'dead-center'. Oleh yang demikian, RO3 harus di aplikasikan untuk menghasilkan suatu keadaan yang dramatik.
Lihat pada gambar burung yang kedua. subjek fokus diletakkan di persilangan atas sebelah kiri. Dengan kedudukan begini, gambar lebih mempunyai maksud dan cerita. Ke mana ia terbang dan sebagainya.
ini antara contoh2 yang lain.
Harus di ingat, apabila kita mengambil gambar sesuatu yang bergerak, contohnya orang berlari, berjalan, melompat dan sebagainya, ruang ke mana arah ia bergerak itu harus lebih bagi menampakkan jalan ceritanya. contohnya pada gambar berikut :
Lihat pada gambar motor yang bergerak. subjek fokus di letakkan di sebelah kiri dan arah kemana motor itu menuju, di biarkan lebih agar adanya penceritaan dalam gambar. begitu juga pada gambar orang yang sedang berlari.
RO3 tidak hanya tertumpu kepada titik2 persilangannya sahaja, namun, penggunaan garis lurus menegak dan mendatar juga boleh digunakan seperti berikut:
anekapol
Lihat pada gambar potret wanita di atas. pengunaan garisan menegak dalam gambar. kebiasaannya garisan menegak RO3 ini digunakan pabila subjek kita berada dalam keadaan menegak.
anekpol
dan gambar di atas ini pula menggunakan garisan mendatar pada RO3 untuk diaplikasikan dalam gambar lanskap. kebiasaannya, garisan mendatar ini digunakan untuk mengambil gambar lanskap. pastikan garisan pertemuan antara bumi dan langit, berada di garisan mendatar. tidak kira di atas atau pun garisan mendatar di bawah.
Untuk mendapatkan gambar yang menarik menggunakan teori ini, subjek tidak perlu kena tepat pada titik persilangan pun tidak mengapa. Memadai menghampiri titik2 persilangan itu, sudah mencukupi. Banyakkan berlatih, anda akan memahaminya.
Inilah sedikit sebanyak mengenai teori 'Rule Of Third' ini. diharapkan anda dapat mengaplikasikannya dalam usaha anda mendapatkan gambar yang terbaik.insyaALLAH. jangan juga lupa untuk mengaplikasikan teknik SIMPLICITY yang telah saya kongsikan bersama dalam posting yang lepas.Selamat mencuba... teruskan bersama saya dengan beberapa teknik fotografi lagi..
uish lawa.. pmpuan tu la
huhu... mengarut, mencarut dan cencurut la hang ni faiz abu bakar..huhu
bagus kwn kita bagi ilmu photography itu saya baru je belajar tu...terima kasih
best ada info macam ni....