Simplicity...
Sebelum kita mengambil gambar.. kita perlu mempunyai asas dan ilmu2 mengenai fotografi bagi menghasilkan sesebuah gambar yang cantik dan menarik serta mempunyai perasaan (fill). Saya bukanlah seorang professional, namun sedikit sebanyak ingin berkongsikan bersama pembaca mengenai teknik2 asas sebelum kita mengambil sesebuah gambar itu...
Teknik pertama yang perlu anda tahu adalah SIMPLICITY iaitu suatu teknik di mana, kita permudahkan atau pun kita mencari sesuatu langkah untuk menjadikan gambar kita semudah yang boleh agar keadaan gambar tidak terlalu sesak ataupun menyakitkan mata.
Salah satu caranya adalah dengan memilih latar belakang ataupun background yang tidak kompleks yang mana tidak akan mengalih perhatian penonton kepada subjek yang kita fokuskan di dalam gambar.
Lihat kepada ke dua-dua gambar di atas.. Subjek yang saya cuba fokuskan adalah matahari tersebut. Apabila kita lihat gambar yang pertama, keadaan matahari itu seakan-akan tenggelam dengan kehadiran bukit dan pokok di hadapan. tetapi dengan menggunakan teknik simplicity ini, saya memudahkan gambar dengan hanya mengambil gambar matahari dan di bayangi sedikit awan sebagai 'perasa' dalam gambar ini.
Oleh yang demikian,gambar menjadi lebih menarik, lebih mempunyai fokus dan tidak membebankan mata untuk melihat pada gambar ini..
pada gambar ini pula.. pada gambar pertama,terdapat foreground daun dan background tasik dan bukit. ia agak sesak dan hampir kehilangan fokus iaitu adik2 saya ni..huhu.. oleh yang demikian saya permudahkan dengan mengurangkan foreground agar fokus lebih jelas dan tidak diganggu oleh foreground juga background.
orientasi gambar adalah pilihan anda samada anda hendak menegak atau mendatar.. inilah serba sedikit mengenai teknik pertama iaitu simplicity.. jangan lupa ikuti penulisan saya ini dengan teknik2 yang seterusnya... selamat mencuba... :)
Catat Ulasan