Sedingin Bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Sedingin Bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Sedingin bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Jumpa kami di laman baru...

create your own banner at mybannermaker.com!
ainuddin.com bakal beralih ke laman yang baru

 

Assalualaikum… pada kali ni saya nak kongsikan teknik editing paling mudah atau paling asas yang perlu kita tahu iaitu.. memindahkan gambar.

Pertama sekali kita perlu buka adobe photoshop.. seperti biasa.. Kemudian,kita cari apa-apa sahaja gambar yang kita rasa perlu dan ingin kita salin untuk diberikan sentuhan grafik ke atasnya..

1

Setelah buka gambar yang dikehendaki, kita buat satu lagi ‘new file’. Pada menu file> new… di mana file baru ni kita guna untuk membuat salinan gmbar kita tadi.

2

Kemudian pada menu tools, pilih move tool sepertimana yang saya tunjukkan dibawah..

3

Part ni paling mudah,paling senang.. buka fail gambar dan juga fail baru tadi, anda cuma perlu tarik sahaja gambar tadi ke dalam fail baru..

4

   Setelah ada tarik gambar tadi, anda akan dapati bahawa gambar anda terlalu besar (sekiranya fail baru anda itu kecil dari gambar) atau pun terlalu kecil (sekiranya fail baru anda terlalu besar dari gambar).5

Tapi itu bukan masalahnya. kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..^_^ pertama, anda perlu senyum… dan kemudian ikut langkah seterusnya. Untuk langkah panjang, anda klik menu Edit>Transform>Free Transform. atau cara singkatnya anda cuma perlu tekan pada papan kekunci anda, ‘Ctrl’+T. Teruskan senyum… kerana senyum itu suatu sedekah yang paling berharga. ^_^

 

Setelah itu, pada gambar anda akan ada garisan di tepi yang membolehkan anda untuk membetulkan saiz gambar anda tadi. untuk mengelakkan dari gambar anda menjadi lonjong atau cacat dalam proses pembetulan saiz, anda bawa cursor anda ke salah satu bucu pada gambar anda dan tekan ‘SHIFT’ pada papan kekunci anda dan gerakkan tetikus anda untuk mengubah saiz gambar tadi.

6

Apabila anda telah berpuas hati dengan gambar yang anda ubah saiznya, anda hanya perlu klik 2 kali pada pada gambar tadi ataupun tekan ENTER pada papan kekunci anda…

7  

 SELAMAT MENCUBA

ikuti saya