Sedingin Bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Sedingin Bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Sedingin bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Jumpa kami di laman baru...

create your own banner at mybannermaker.com!
ainuddin.com bakal beralih ke laman yang baru

Assalamualaikum.. kali ni nk berkongsi sedikit ape ilmu dan pengalaman serta pemerhatian yang ada dari diri yang hina dan kerdil ini. Setelah berada dalam industri foto ni, sy dapat dan telah melihat pelbagai ragam dan situasi pelanggan terutamanya di Malaysia ini. Dengan skop yang lebih kecil adalah sekeliling sy.

Ada beberapa situasi pelanggan yang akan kita temui dalam industri ini. Antara yang sy pernah jumpa, dan perhatikan adalah :

1- Pelanggan mahukan pakej yang murah tetapi hasil yang baik

2- Pelanggan mahukan pakej yang murah hasil sukati la..

3- Pelanggan mahukan harga murah, tapi dengan pelbagai barang yang diinginkan. Contohnya harga RM 30 tetapi inginkan custom album, stickie album, Images in golden frame, 4R printed dan macam2 lagi..huhu…

4- Pelanggan yang bayar mahal dan mahukan hasil terbaik dari jurugambar mereka.

itu antara situasi2 yang pernah sy jumpa dan ketahui. Erm.. Fotografer juga ada beberapa kriteria yang pernah sy jumpa antaranya :

1- Baru pegang kamera, knowledge in shooting xda.. tp da amek job

2- Da pegang kamera, knowledge da ada, pengalaman xda, tp charge mahal

3- Da pegang kamera, knowledge pun da ada, tp bayaran murah sbb xde pengalaman banyak

4- Da pegang kamera lama, knowledge da tahap dewa, harga off kos la mahal sbb kualiti MELETOP ( I’m respect this type of photographer)

Kepada fotografer yang berada dalam golongan no. 1 tu, saya amat2 berharap agar dptkn knowledge dulu.. sy berkata begini sbb ada pelanggan yang pernah cerita pada sy “ sy bayar fotografer RM 500, tp kualiti, hampeh.. gambar gelap.. gune photoscape je…” aiyoo.. huhu.. ini akan timbulkan masalah kepada fotografer2 laen kerana ada ramai fotografer diluar sana yang menjaga kualiti.. namun, hanya disebabkan anda, mereka juga turut terkena tempiasnya.. maka keluarla perkataan “ alaa… amek gambar je.. nape cas mahal… “ sedangkan fotografer tersebut mempunyai pengalaman dan ability yang tinggi dalam bidang ini.

Ok, kita beralih pada pelanggan semula.. kepada pelanggan yang dihormati, sayangilah fotografer yang anda hired dan yakinlah pada mereka akan apa yang mereka akan berikan dan charge yang mereka kenakan.. sesungguhnya ada sebab musabab mengapa charge yang dikenakan sebegitu harganya..

Antara sebab mengapa charge jurugambar agak mahal adalah :

1- Mereka menggunakan peralatan kamera yang berkualiti xmungkin mereka ambil job dengan kamera compact kn..?

2- Mereka telah menghabiskan banyak masa dan wang ringgit semata-mata untuk menajamkan skill mereka untuk anda.. Adakah anda tidak mahu membalas budi mereka yang menghasilkan gambar terbaik untuk anda ini..?

3- Peralatan kamera yang mahal memerlukan maintenance yang tinggi.. Ibaratnya anda beli ferrari la kan.. duet minyak, ganti minyak hitam la, tayar ke ape ke.. semuanya maintenance kan..? Begitu juga dengan kamera yang mereka beli ini.. semakin mahal kamera yang mereka gunakan, semakin tinggi charge yang akan dikenakan untuk penghasilan imej terbaik untuk anda

4- Kos sampingan.. antaranya kos minyak, pengangkutan, penginapan, kos caj luar kawasan, kos editing, kos topup untuk menghubungi anda,kos printing,penghantaran dll lg.. nmpak x..? anda selaku pelanggan perlu berikan semua ini kepada jurugambar anda ibaratnya anda menjemput seorang yang berkredibiliti tinggi ke tempat anda.. bukan free2 je kan..? :) anda pun faham.. seandai nya anda berada di tempat jurugambar2 ini, anda juga akan faham.. xkn la kita nk gi amek gmbar org, kita lak nk gune duet sendiri pi sne..? sdangkan dorg yang hired kte.. kan..? :) cmtu la ibaratnya…

5- Yang selebihnya barulah upah @ gaji kepada jurugambar anda yang telah berpenat lelah sebelum, semasa dan sesudah selesainya majlis teristimewa anda tersebut..

Bayaran anda yang byk2 tu, da cover untuk semua, tinggal cebisan terakhir tu la untuk jurugambar anda… xkn tu pun nk berkire kn… ;)

So, harap kepada pelanggan diluar sana, bersama la kita renungkan .. fotografer ni bukan letak harga suka2.. makin tinggi pengalaman dan kemahiran mereka, harga mereka juga akan melonjak naek. tidak lupa juga akan barang2 seperti album, dan sebagainya yang akan anda terima berdasarkan pakej yang telah dipersetujui bersama.. Semoga jumpa lagi..

Sekadar pendapat… :)Print

One Response so far.

ikuti saya