Sedingin Bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Sedingin Bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Sedingin bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Jumpa kami di laman baru...

create your own banner at mybannermaker.com!
ainuddin.com bakal beralih ke laman yang baru

photogansgter

assalamualaikum....

Ha... posting kali ni simple pimple.. simpel, mudah... pimple, jerawat...huhu... Ok, musim cuti biasanye la kan..pun... ramai org akan melangsungkan majlis nye pernikahan, pertunangan, persandingan, hari jadi dan sebagainya.... tp ada kalangan remaja wat anak luar nikah..huhu.. JANGAN BUAT!! HARAM!!

tp kali ni juz nk kongsi beberapa tips dan pengetahuan untuk anda diluar sana yang mana mencari jurugambar terbaik bagi merakamkan majlis yang dikatakan sekali seumur hidup ni....^_^ ye la.. maklum saje, majlis yg gilang gemilang ni xkn nk dibiar berlalu sahaja tanpa ada secolet kenangan, kn...? Jadi, nk mengadakan secolet kenangan tu, ada mcm2 cara... antaranya, fotografi dan videografi..

Bagi yang mampu, akan mencari yang lebih advance, dgn memilih fotografi serta videografi sebagai medium bagi merakamkan kenangan terindah ini... tapi bg yang sederhana, semestinya tidak mahu melepaskan detik2 ini berlalu begitu sahaja tanpa merakamkannya...lalu, memilih fotografi sebagai medium rakaman detik2 gemilang ini..

Tetapi, dalam arus kemodenan kini, dengan kamampuan manusia yang terlebih2 mampu untuk memiliki kamera DSLR, menyebabkan kita sebagai pelanggan xtahu membezakan, yang mana satu terbaik untuk merakamkan detik2 sebegini...Jangan sudah terhantuk baru terngadah... ^_^ Ada dikalangan pemilik2 DSLR ini yang menggunakan DSLR sebagai wadah utk berseronok, atau mencari rezeki...

Bagi yang mencari rezeki, terbahagi kepada 2 kategori..

1- Yang terpelajar ( ada belajar tentang fotografi )

2- Yang x belajar ( saje je nk carik duit poket)

huhu... Itu lah yang agak bahaya bg pelanggan masa kini... Bagi kami, Sang Fotografer sedikit terkilan apabila golongan yang ke-2 ini wujud... bukan dengki atau apa... tp bayangkan, kami yang belajar, yang berhabisan beribu ringgit untuk sebuah ilmu.. tak dapat job, tp yang xbelajar apa2 ni la yang byk job... mungkin mereka pandai berkata2 la... anyway, bg sy, ni suatu cabaran masa kini selaku fotografer...

Baiklah... Bagi yang ingin mencari fotografer untuk merakamkan majlis anda, saya syorkan yang pertama sekali adalah dengan melihat hasil2 gambar yang pernah dirakamkan oleh fotografer yang anda hubungi itu.. Setelah anda berpuas hati dengan melihat koleksi gambar si fotografer, baru kita pergi ke step ke-2.

Iaitu dengan melihat, apakah jenis peralatan yang digunakan dan pengalaman si fotografer.. Ini penting kerana setiap fotografer mempunyai peralatan yang berbeza...bilangan peralatan ini juga yang akan menjadi benchmark kepada tinggi rendahnya kos perkhidmatan yang diberi...kerana apa..?? kerana setiap peralatan yang digunakan, dibeli menggunakan kos.. dan setiap peralatan juga perlu diservis.. dan servis juga meggunakan kos.. kira nya... pelanggan ibarat mendapatkan perkhidmatan fotografer dan menyewa kamera bersama fotografer2nya sekali...

Contohnya...Fotografer A yang berbekalkan Sebiji kamera, sebiji lens dan sebiji external flash dengan Fotografer B dengan 2 buah kamera, 3 biji lens,dan sebiji external flash..

Fotografer A memberikan perkhidmatan 1 event = RM 1000

Fotografer B memberikan perkhidmatan 1 event = RM 1000

Mana satukah yang berbaloi bagi anda...? jawapannya pada anda....

Contoh lagi.. Fotografer A mempunyai pengalaman selama 1 tahun dalam bidang foto... manakala Fotografer B mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam bidang foto...

Fotografer A memberikan perkhidmatan 1 event = RM 3000

Fotografer B memberikan perkhidmatan 1 event = RM 3000

Mana satukah yang sepatutnya berlaku...?? jawapan juga pada anda...

Kursus2 yang dihadiri oleh fotografer juga menyebabkan tingginya harga perkhidmatan yang ditawarkan...biasanya kursus yang dihadiri tidaklah murah.. kadangkala mencecah ribuan ringgit untuk satu hari kursus... adakah anda hendak berkira dengan perkara2 begini pada fotografer anda...? sedangkan fotografer anda memberikan yang terbaik pada anda...^_^

Sebagai pelanggan, anda juga berhak mengetahui apakah jenis software yang digunakan oleh fotografer semasa proses editing... Ini kerana, ada fotografer yang gunakan software "cikai2" namun di charge kpd pelanggan dgn harga yang tinggi.. Software terbaik yang seharusnya digunakan oleh fotografer adalah Adobe Photoshop.. Kemahiran menggunakan software ini juga mempengaruhi pakej harga yang ditawarkan kepada anda... Apalah sangat kos2 ini jika nk dibandingkan dengan hasil yang di beri kepada anda...^_^

Jenis dan saiz album, juga bilangan gambar yang ditawarkan juga menyebabkan tinggi rendah kos perkhidmatan seseorang fotografer... Sekarang macam2 jenis album dan saiz wujud.. ini juga mempengaruhi kos printing, editing, duit minyak Sang Fotografer dan sebagainya.. Segalanya dilakukan dan dikembalikan hasilnya pada anda... adakah anda tetap mahu berkira..?? ^_^

Namun, x semua fotografer demand tinggi2.. bawa berbincang baik2 dan dapatkan kata sepakat.. InsyaALLAH.. fotografer anda mampu memberikan harga yang terbaik... dan hasil yang terbaik buat anda...

Saya nasihatkan anda... sebelum mencari fotografer, dptkan info mengenai fotografer anda...

1- mungkin blog si fotografer

2- koleksi gambar yang ada

3- pengalaman fotografer

4- peralatan yang digunakan

5- pakej yang ditawarkan

dan paling penting kemahiran fotografer anda mengawal kamera, mengawal situasi dan komunikasi fotografer bersama pelanggan...pastikan fotografer anda adalah sebenar2 fotografer yang berkemahiran dan bukannya orang yang berselindung disebalik kamera DSLR yang dimilikinya...

Semoga apa yang sy cuba kongsikan disini dapat dimanfaatkan oleh kita semua.. Harap apa yang sy tulis ni, org leh fhm... sbb... sy x pandai mengarang.. hehe...sorry 4 everythin....

P/S : Saya suka tangkap gambar wedding yang tidak melibatkan masa make up.. sbb, sy xnk tgk aurat pompuan.. tp kalau da didesak, slaku fotografer, xkn sy tolak.. sy kne ikut kehendak pelanggan.. tp sy harap, anda juga fhm sy selaku fotografer lelaki, Muslim... tq... ^_^ Semoga ALLAH merahmati kita semua...

assalamualaikum....

my gear

ni peralatan kamera saya.. huhu.. lagi satu tercicir, tripod nikon..huhu

One Response so far.

  1. Unknown says:

    wah2..
    abg ku sudah maju ek.
    keep it up.
    smat la pics.

ikuti saya