Sedingin Bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Sedingin Bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Sedingin bayu..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..

Jumpa kami di laman baru...

create your own banner at mybannermaker.com!
ainuddin.com bakal beralih ke laman yang baru


Assalamualaikum... apa khabar semua..??? tajuk je english..jangan risau.. isinya Melayu... :) Baiklah pada posting kali ini saya nk kongsikan satu teknik editing yang agak sukar untuk di buat dalam photoshop, namun mudah dilakukan dengan PHOTOMATIX PRO.. 1st sekali anda perlu ada... software ni la..huhu.. mane nak dapat? beli la sendiri.. :P huhu..

xde la.. senang je... search kat internet PHOTOMATIX PRO, pastu carik punye carik, da jumpe, download dan install dalam komputer atau laptop anda..huhu..


exposure yang berbeza kecerahan

Pertama, dalam perisian adobe photoshop, anda perlu membuka fail gambar yang anda ingin ubah menggunakan teknik HDR ini..anda memerlukan sekurang2nya 5 kadar exposure yang berbeza, sepertimana yang ditunjukkan pada gambar di atas.Bagaimana nak lakukan??? jangan risau, saya akan cuba membantu anda.

Setelah anda membuka fail gambar yang anda inginkan tersebut, klik pada menu IMAGE>ADJUSTMENT>CURVE / shortkey (ctrl+m).

Setelah anda klik menurut apa yang saya arahkan, window paparan berikut akan muncul.

anda hanya perlu menaikkan atau menurunkan curve ini untuk mengubah kadar exposure pada gambar anda tadi. naikkan ke atas untuk mencerahkan dan turunkan ke bawah untuk menggelapkan gambar anda. perkara ini bukan untuk memburukkan gambar anda, tetapi untuk memudahkan proses kita di Photomatix Pro nanti.
merendahkan exposure (gelap)
menaikkan exposure (cerah)

Pastikan anda mengawal kadar exposure agar gambar tidak terlalu gelap sehingga tidak menampakkan apa2. atau terlalu cerah.

Akhir sekali, simpan gambar anda, satu per satu (lakukan satu demi satu kadar exposure yang berbeza). Klik FILE>SAVE AS> bina folder anda dan ubah format kepada JPEG (seperti dalam gambar).Simpan ke lima-lima gambar yang berbeza exposure itu dalam satu folder aar anda mudah untuk mencarinya. Save satu per satu taw.. bukan cm bwh ni.. bawah ni hanya rujukan anda... ^_^

exposure yang berbeza kecerahan

baiklah..bukak Photomatix Pro tu yang di install td tu.... ha.. tu trial je.. kalau nak full version, kuar duit, beli la..hehe..

da bukak???? baguih..... hehe...

Pertamanya, windows PP ni akan keluar window yang mana di dalamnya terkandung seperti gambar ini...
di sini, anda hanya perlu klik pada 'GENERATE HDR IMAGE' dan paparan dibawah ini akan mucul.
Klik pada 'BROWSE' dan pilih ke lima-lima gmbar yang anda save tadi.

Klik OK dan paparan seterusnya akan muncul. toksah bimbang atau gelabah, pada paparan seterusnya juga, anda hanya perlu klik OK

Setelah klik OK, window akan memaparkan kisah romantik.. ooppss.. bukan2.. huhu.. window akan memaparkan 2 window kecil. satu gambar yang mana kelima-lima gambar tadi telah di cantum menjadi satu lapisan.

Setelah sampai ke peringkat ini, anda perlu klik pada 'TONE MAPPING' dan paparan berikut akan muncul

pada paparan ini, anda boleh tick mana2 kotak kosong (tapi baca dulu ape dye tulis) supaya dapat apa yang anda inginkan. akhir sekali, anda klik OK..kalau xnk tick mane2 kotak pun, OK..huhu


maka paparan seperti di atas ini pun muncul..huhu.. edit la ape2 yang anda nak.. pastikan tgk pada gambar.. supaya anda dapat edit menjadi apa yang anda nakkan... maka jadilah gambar seperti berikut...

Last sekali, klik pada File> save as dan save kan dengan apa2 nama yang anda nak...

Ni ada contoh yang dapat saya buat gunakan Photomatix Pro ni...


SELAMAT MENCUBA... kalau dah cuba, send2 la ke ainuddin_uddin@yahoo.com ea.. kite kongsi2 kat blog ini.. ^_^

ikuti saya