Sedingin Bayu..
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..
Sedingin Bayu..
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..
Sedingin bayu..
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ainuddin.com photography blog web... Kami menyediakan perkhidmatan jurugambar perkahwinan yang anda cari-cari..
9 jan 2011 – mencatatkan tarikh bersejarah apabila I.S.O dapat merekrut ahli baru sebagai pelatih fotografi..huhu.. ayat x bleh btol…
assalamualaikum.. syukur pd Ilahi kerana I.S.O photography telah berjaya melaksanakan Learning Session di Wilayah Iskandar semalam. Dengan penyertaan seramai 5 orang ahli baru, menambah keseronokan sesi kali ini. APa yang uniknya mengenai sesi pembelajaran dan perkongsian ilmu kali ini, peserta di berikan nota setiap seorang dan teknik2 yang baik dalam penghasilan sesebuah imej.. xmo citer panjang, jom tengok serba sket gmbr2 sewaktu sesi tersebut…
Setibanya di Puteri Harbour sesi teorikal pun bermula dengan perkongsian ilmu mengenai asas fotografi.
Semangat sungguh belajar.. ^_^
Sesi praktikal dimulai dengan pengenalan kepada line, shape, symmetry, angle, perspektif dalam imej di atas.. ^_^
Aplikasi framing dan simple lighting dalam imej.
inilah wajah-wajah peserta yang telah menjayakan sesi pada kali ini.. ^_^
Sebelum bersurai diadakan sesi penghabisan.. haha.. sesi penggulungan ttg pembelajaran pada hari tersebut.
Itulah dia antara sesi pembelajaran yang berlaku pada hari tersebut. dan insyaALLAH I.S.O Photography akan terus bergerak dari masa ke semasa.. dan kepada yang berminat untuk menyertai bolehlah hubungi saya di talian 014-2362029 atau sertai kami di
assalamualaikum..
rasanya masih tidak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca dan pengikut blog ini.. sokongan anda amat saya hargai.. ^_^ insyaALLAH pada tahun ini ainuddin.com akan bergerak setapak lagi dalam dunia fotografi dengan hasil yang lebih baik. Lama tidak update blog disebabkan kesibukan yang mendatang..
Kepada yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari ainuddin.com boleh la hubungi saya di talian 014-2362029 / 013-7038768.
Assalmualaikum.. lama xupdate dan kali ni mencuri sedikit mase untuk membuat coretan ringkas tentang program saya. Ahad lepas diundang oleh DFP3 untuk membuat shoot gambar mereka sebagai memenuhi tugasan digital illustration mereka. Shot ini dilakukan untuk dijadikan cover magazine yang bakal mereka siapkan. apa2 pun, do comment ya.. ^_^
Assalamualaikum.. maaf la lame da x update blog.. ramai da bertanye da.. ni sume disebabkan kesibukan dengan pelbagai tugasan dan job2 yang hadir.. rezeki, insyaALLAH.. jadi kali ni nk kongsi beberapa gambar album yang telah di release kepada mempelai. dan bagi yang berminat, boleh la hubungi saya untuk perkhidmatan fotografi perkahwinan anda..
014-2362029 / 013-7038768
Album 6x6 , album 8x12, DVD and golden frame image.
contact me for more detail 014-2362029 / 013-7038768

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya x ingat sy copy dari web mane sbb ni time sy research suatu ketika dahulu.. namun seandainya pemilik artikel ini menemui artikel ini di blog sy.. sila maklumkan.. kredit akan diberikan kepada anda.. sy mengambil artikel ini sebagai inisiatif perkongsian ilmu bersama rakan2 kita yang lain diluar sana..
Hari ini saya akan berikan serba sedikit tips yang boleh dijadikan panduan agak anda tidak akan menjadi mangsa. Tips-tips ini saya perolehi daripada pelbagai sumber termasuk ehomemakers.net .
Kebanyakan iklan disuratkhabar memerlukan anda SMS nama dan alamat anda ataupun menghantarkan sampul surat beralamat sendiri untuk mendapatkan maklumat lanjut. Selepas itu, anda akan menerima surat yang akan menerangkan lebih terpeinci mengenai program, perniagaan atau apa jua peluang yang ingin ditawarkan.
Disinilah anda perlu berhati-hati menilai mana satu peluang yang benar-benar sesuai untuk anda selain benar-benar menguntungkan anda (bukan pihak pengiklan sahaja)
Selain suratkhabar, internet adalah salah satu sumber terbaik untuk mencari peluang menambahkan pendapatan. Apabila anda memilih untuk mencarinya melalui internet, pastinya anda mendapatkan akaun email dan meluangkan masa melayari pelbagai laman web untuk mencari peluang kerja yang sesuai.
Salah satu nasihat saya ialah menyediakan satu akaun email khas untuk digunakan semasa proses pencarian yang sesuai. Jika anda memberikan alamat email peribadi anda (yang digunakan untuk berhubung dengan rakan-rakan atau urusan lain), jangan terkejut jika anda menerima puluhan email (dari mereka yang tidak dikenali) dan anda akan membuang banyak masa menyemak dan memadam email yang tidak dikehendaki.
Ini biasanya berlaku apabila anda memberikan nama dan alamat email anda di sesebuah laman web untuk mendapatkan sesuatu (seperti ebuku, lapuran,akses laman web atau perkhidmatan percuma). Maklumat anda juga mungkin dijual atau disewa kepada pihak ketiga yang ingin mencari prospek untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka.
Anda mungkin dapati peti e-mel anda dihujani dengan e-mel yang menjemput anda mengambil bahagian dalam skim kewangan, peluang perniagaan dan sebagainya yang kesemuanya menjanjikan kejayaan. Begitulah menurut pengirimnya.
Apa yang harus anda buat? Bagaimana anda hendak mengenalpasti peluang sebenar di antara selonggok iklan yang kesemuanya kelihatan menarik? Jika anda pernah terjumpa peluang-peluang seperti yang dibincangkan didalam post sebelum ini, anda perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenainya kerana dikhuatiri anda akan kecewa.
Saya sendiri pernah tertipu beberapa kali semasa mula-mula saya mencari peluang pekerjaan dari rumah. Namun, setelah saya membuat pelbagai kajian dan pembacaan, barulah saya ketahui bahawa sebenarnya kita boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan didalam pencarian anda.
#1 – Siapakah Anda?
Tanya soalan ini kepada sesiapa sahaja yang menawarkan anda pekerjaan secara online atau pos. Dalam kes ini, anda mempunyai hak untuk tahu lebih lanjut mengenai mereka, termasuklah menyemak mereka dengan pihak berwajib seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Anda boleh menyemak kesahihan maklumat melalui laman web SSM di http://www.ssm.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat terpeinci mengenai syarikat.
Dalam hal ini, anda pastinya mempunyai banyak soalan penting untuk mereka jawab, termasuk harga barangan, bentuk perniagaan atau pekerjaan, pembayaran komisen atau elaun dan sebagainya.
Contohnya, anda mungkin berpendapat bahawa syarikat tersebut akan mencarikan pelanggan untuk anda, sedangkan mereka mungkin hanya bersedia untuk menyerahkan kepada anda senarai e-mel/alamat yang mungkin dibeli dari syarikat lain. Anda sendiri terpaksa melakukan kerja keras dan mendapatkan peluang perniagaan sendiri. Dapatkan butir-butirnya. Ingat, syarikat yang kelihatan terlalu berahsia mengenai butir-butir mereka patut disyaki.
Anda juga perlu berhati-hati dengan syarikat yang tidak melampirkan sebarang kaedah untuk menghubungi mereka samada melalui telefon, email ataupun surat. Sebuah syarikat yang sah tentu gembira untuk memberitahu anda siapa, apa, di mana, bila dan bagaimana bentuk perniagaan mereka.
#2 – Kaji sebelum memberikan maklumat peribadi anda
Jelas, bukan? Walaupun begitu, ramai di antara mereka yang baru mula menceburi bidang pekerjaan dari rumah yang mudah terpengaruh dan memberikan maklumat sensitif ini hanya kerana mereka diminta berbuat demikian melalui e-mel. Kaji dahulu – permintaan itu mungkin kedengaran tidak mencurigakan – sebagai sebahagian daripada tawaran, anda mungkin diminta untuk memberikan nama dan butir-butir peribadi seperti No. Kad Pengenalan, alamat rumah , dll supaya kad “pekerja†boleh dikeluarkan untuk anda.
Ataupun, berikan butir-butir kad kredit supaya satu lagi kad “EMAS†akan menjadi milik anda tanpa persoalan. Jangan sekali-kali memberi butir-butir ini kerana sungguh mudah bagi mereka menggunakannya untuk tujuan penipuan. Sekiranya anda membuat keputusan untuk menyertainya,elakkan daripada menghantar maklumat kad kredit anda melalui internet melainkan anda benar-benar pasti tentang pihak yang menerimanya.
Sentiasa pastikan urusan yang dibuat dengan menggunakan kad kredit adalah selamat, terutamanya apabila anda memberikan maklumat peribadi bersamanya. Jangan lupa untuk mencatat dan merekodkan semua maklumat urusniaga dan pihak yang menerimanya.
#3 “ Email/surat dari orang yang tidak dikenali
Jangan buka emel yang anda terima daripada orang yang anda tidak kenali. Sekirannya anda memilih untuk membukanya juga, anda juga menghadapi risiko kemungkinan komputer anda akan dijangkiti virus. Sememangnya peluang berniaga di rumah sangat menarik, tetapi anda perlu menolak mana-mana tawaran yang tidak memberitahu anda dengan siapa anda berurusan sebenarnya atau tempat anda menghantar pelaburan anda secara terperinci.
Email ini biasanya akan dipenuhi dengan perkataan HURUF BESAR dan tanda $$$ menandakan wang segera. Anda akan selalu melihat kata-kata seperti, MUDAH DAN SENANG, ANDA BOLEH MEMPEROLEHI BERIBU-RIBU RINGGIT, PEROLEHI $$ TANPA MEMBUAT APA-APA dan sebagainya. Emel/surat ini biasanya lebih menekankan kepada betapa senangnya mendapatkan sejumlah wang yang banyak dengan cepat tanpa bersusah payah.
Adakah syarikat itu sendiri yang menawarkan pekerjaan? Ataupun, mereka “hanya†menawarkan untuk menjual kepada anda bahan-bahan latihan dan bertindak sebagai agen dalam mendapatkan peluang perniagaan kepada anda?

#4 – Untung Yang Besar Tidak Datang Dengan Mudah
Kata-kata ini bagaimanapun seringkali dilupakan. Dengan bekerja atau menjalankan perniagaan dari rumah sama juga seperti menjalankan jenis perniagaan lain di mana untung atau jika bekerja gaji yang diterima adalah sesuatu yang penting. Secara amnya, anda memindahkan pejabat ke rumah anda, itu sahaja! Untuk mendapatkan wang yang banyak, anda hendaklah meneliti perkara-perkara asas, contohnya cari sesuatu yang anda boleh lakukan dengan baik, lakukannya dengan tekun, melabur dengan baik dalam peralatan dan sentiasa memperbaiki kemahiran dan pengetahuan anda.
Jika seseorang menawarkan anda wang ringgit yang banyak bagi “kerja yang sedikitâ€, awaslah – tentu ada sesuatu yang tak kena. Antara ayat yang sering digunakan ialah “Sekiranya anda ingin mendapatkan beberapa ribu ringgit dengan cepat, sila luangkan sedikit masa untuk membaca dan memahami program yang mudah ini,†kata salah satu daripada emel yang saya terima. Ia diteruskan dengan, “Saya yakin anda akan berpuas hati dengan RM15,000 atau lebih yang akan anda perolehi dalam tempoh 90 hari.â€
Walaupun pada permulaan emel/surat tersebut menjanjikan wang segera tanpa perlu berbuat apa-apa, tetapi daripada pembacaan saya seterusnya saya dapati bahawa untuk melayakkan diri saya mendapat habuan tersebut saya perlu melaburkan sejumlah wang saya sendiri. Sudah tentu ada risiko kehilangan wang pelaburan kita tetapi di dalam emel tersebut masih lagi boleh mengatakan yang skim ini “tidak berisikoâ€.
#5 – Terdapat faktor mendesak
Selalunya pasti ada had penyertaan sebagai faktor mendesak seperti “Peluang ini hanya untuk 10 orang pertama yang menyertainya sahajaâ€. Pemangsa mendesak anda membuat keputusan samada mahu atau tidak melaburkan wang anda. Mereka tahu bahawa lagi cepat anda membuat keputusan, lagi sedikit anda berfikir dan memeriksa samada skim ini benar atau palsu.
Dan sekiranya mereka hanya beroperasi untuk sementara waktu sahaja, keadaan ini memberi peluang kepada mereka untuk mengaut semua pelaburan dan melarikan diri. Kadang-kadang, ada juga skim yang menghendaki anda menghantar wang/pelaburannya sebelum anda mengetahui apakah sebenarnya skim atau program atau perniagaan atau pekerjaan itu dengan lebih lanjut. Ini adalah sangat bahaya lebih-lebih lagi jika tiada maklumat untuk dihubungi.. sekadar alamat email mahupun PO Box.
#6 – Adakah Wang Anda Akan Dikembalikan?
Sesetengah peluang perniagaan mungkin melibatkan pembelian peralatan, bahan-bahan dan sebagainya. Satu perkara yang anda mesti tahu ialah samada syarikat tersebut mempunyai polisi pemulangan kembali wang. Jika ya, anda perlu tahu syarat-syaratnya sebelum anda membuat komitmen.
Ada dua aspek mengenai perkara ini: Pertama, anda tidak mahu terlibat di dalam skim di mana syarikat tersebut menjalankan perniagaan dengan memperolehi keuntungan daripada penjualan peralatan dan barang-barang ini. Kedua, jika perniagaan ini sahih dan anda dapati selepas anda menceburinya, ianya tidak sesuai dengan anda, anda harus tahu bagaimana hendak mengurangkan kerugian.
#7 – Adakah Ia Menguntungkan Walaupun Dengan Kerja Keras?
Ada beberapa jenis penipuan yang berselindung di sebalik nama premis pekerjaan di mana anda perlu membeli “perniagaan†itu dalam jumlah yang ditetapkan dan selepas itu anda akan diberi “Pakej Permulaan†dan anda dikehendaki menyiapkan kerja tersebut. Ia adalah satu penipuan kerana kerjanya adalah sukar dan tidak memberangsangkan, tambahan pula produk itu sendiri tidak dapat dipasarkan dengan jayanya.
Tujuan sebenarnya ialah supaya anda akan putus asa, dan apabila anda berhenti, pelaburan awal anda akan hangus. Tiada pulangan wang bagi anda tetapi sebaliknya keuntungan kepada syarikat. Jenis penipuan seperti ini seringkali menyiarkan iklan mereka dengan mengatakan tiada polisi pemulangan wang dalam cetakan kecil.
#8 – Pengetahuan Mengenai Pasaran
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak permintaan dan iklan bagi pekerja dari rumah bagi beberapa “perkhidmatan khusus†seperti perkhidmatan pengebilan terutamanya dalam industri perubatan dan utiliti, dan kerja-kerja seni dan kraftangan. Buatlah kajian pasaran sebelum anda mendaftar. Adakah berbaloi tugas ini dengan tenaga yang anda keluarkan.
Contohnya benarkah wujud pasaran di tempat anda bagi perkhidmatan seperti ini? Jika anda diambil bekerja dengan janji bahawa ada pelanggan sedia ada yang telahpun menggunakan perkhidmatan tersebut, hubungi mereka untuk mendapatkan kepastian, dan dapatkan gambaran sebenar tentang perkhidmatan yang diperlukan.
#9- Tuntutan Perundangan
Panduan ini sebenarnya berkait rapat dengan perkara di atas. Sebelum anda mula menerima apa saja jenis kerja khusus, periksa dahulu jika ada keperluan perundangan tertentu. Ini mungkin termasuk tuntutan perlesenan, pendaftaran dan pengezonan bagi beberapa jenis aktiviti perniagaan tertentu. Periksa dengan pihak berkuasa tempatan contohnya majlis perbandaran ataupun Pendaftar Syarikat bagi tuntutan-tuntutan ini.
#10 – Periksa Sumber Maklumat
Sebelum anda melibatkan diri dengan apa sahaja jenis perniagaan tertentu, periksa sumber-sumber maklumat seperti jurnal perdagangan dan laman web berkaitan. Sumber-sumber ini dapat memberikan maklumat yang berguna dan boleh dipercayai mengenai berita, latihan, dan acara-acara tertentu.
Anda juga mungkin dapat memperolehi maklumat terperinci mengenai perkara-perkara berkaitan seperti agensi kerajaan yang terlibat dan maklumat mengenai pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam industri tersebut. Anda juga boleh menyertai forum untuk bertanya soalan, mengemukakan isu-isu berkaitan dan sebagainya.
#11 – Tawaran Istimewa
Sebahagian daripada cara “menghidu†penipuan ialah dengan melihat jika terdapat apa yang dipanggil wang pendahuluan terhadap gaji anda selepas anda mendaftar dengan sesebuah syarikat. Ini adalah cara biasa yang digunakan untuk menarik kepercayaan anda, serta untuk menipu wang anda.
Pertama, anda akan menerima sekeping cek – kononnya adalah wang pendahuluan bagi gaji bulan pertama anda. Ini memberikan anda keyakinan bahawa perniagaan itu benar-benar sah. Setelah mendapat bayaran itu, anda tentu akan pergi mendepositkan cek tersebut.
Sebelum sempat cek itu diluluskan oleh bank, anda akan dihubungi oleh pihak syarikat yang meminta supaya anda memulangkan sebahagian daripada wang tersebut, atau untuk memulangkan cek tersebut kerana berlaku sedikit kesilapan.
Mereka juga berjanji yang anda akan menerima bayaran yang sebenar tidak lama lagi. Selepas anda memulangkan wang itu (menggunakan cek anda), anda akan diberitahu oleh pihak bank bahawa cek yang diberikan oleh syarikat adalah cek tendang. Dengan ini, mereka telah berjaya menipu wang anda. Apa yang anda dapat adalah cek tendang dan tiada harapan untuk anda mendapat wang anda kembali daripada syarikat.
#12 – Piramid 1 Bentuk Yang Harus Dicurigai
Skim Piramid adalah berita buruk, tidak kira dari sudut mana anda melihatnya. Secara amnya, ia adalah perniagaan yang melibatkan “perluasan perniagaan†yang dijalankan bukan dengan penjualan barang atau bayaran bagi perkhidmatan, tetapi melalui sistem pengambilan ahli baru yang akan meneruskan perluasan perniagaan itu dengan mengambil lebih ramai lagi ahli baru.
Kadang kala, syarikat yang menjalankan skim piramid ini akan berpura-pura bahawa sebenarnya ada jual beli berlaku atas barang-barang tertentu, contohnya lukisan atau makanan kesihatan. Tetapi apabila anda meneliti dengan lebih mendalam, anda akan lihat bahawa aktiviti utamanya ialah memperluaskan dasar piramid itu dengan mendapatkan lebih ramai orang bawahan atau “downlinersâ€.
Seringkali juga, ahli-ahli baru terpaksa membayar wang yang banyak untuk memasuki skim ini. Di negara kita, perkara ini telah banyak kali berlaku, dan ramai orang yang tidak bersalah telah tertipu. Mereka telah membayar sejumlah wang yang banyak selepas menerima pulangan awal, tetapi kemudiannya hilang kesemua wang mereka apabila piramid itu runtuh.
Jadi, pastikan ia merupakan peluang yang benar-benar sah dan berhati-hatilah apabila ditawarkan dengan “wang mudahâ€. Satu peringatan dari Beverly Williams, Presiden dan Pengasas American Association of Home-Based Business ialah “Terdapat SANGAT SEDIKIT peluang (bekerja dari rumah) yang sah terdapat di pasaranâ€.
Jangan menjadi mangsa! Buat penyelidikan sebelum membuat sebarang pelaburan atau penyertaan. Risiko yang paling besar ialah kehilangan wang yang susah payah anda perolehi selama ini. Anda juga akan merasa kesal/bingung/tertekan sekiranya anda telah memberikan maklumat peribadi anda seperti maklumat kad kredit dan akaun bank kepada syarikat yang tidak bertanggung jawab tersebut.
Orang yang terlibat di dalam komplot penipuan ini mungkin boleh menggunakan maklumat yang anda beri kepada mereka untuk kerja-kerja penipuan yang lain seperti mengklon kad kredit anda atau membuat pengeluaran daripada akuan bank anda tanpa anda ketahui. Sekiranya anda menjadi mangsa kepada penipuan peluang perniagaan yang beroperasi di luar negara, anda tidak akan mempunyai tempat untuk ditujui di dalam negara bagi membantu anda menyelesaikannya.
Diharap anda mendapat manfaat darinya.
Salam sukses!
Assalamualaikum.. dalam kemasalan.. eh.. kemalasan menaip blog ini.. tgh bc2 survey2 blog org.. terjumpa lak ttg ni. .ade la jgk kene mengena ngn bab2 yg saya ngadap ni kan.. so, kite kongsi bersama.. kredit kepada http://seindahnurmalam.blogspot.com. maaf sbb amek artikel ni..hehe.. sambil promote blog tuan asal empunya artikel..hehe
Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.
Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …
Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.
Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.
(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)
Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.
Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.
Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000
Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.
Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.
Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.
Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.
Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.
Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.
Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000
Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah
RM 17,550
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.
Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000
Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000
Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.
Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.
Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.
Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga
RM 15,500
Dan, kos untuk kecemasan
RM 3,000
Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar
RM 36,050
…
…
Haaa!!
Umak Aih!
Psst. Tutup mulut tu abang long.
Amacam ?
Berani beli kereta baru ?
Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?
Berani tak mahu buat business part time ?
Berani tak mahu belajar investment ?
Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak
RM 18,000
Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.
Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.
KLik SiNi untuk artikel asal..
Assalamualaikum.. kali ni nk berkongsi sedikit ape ilmu dan pengalaman serta pemerhatian yang ada dari diri yang hina dan kerdil ini. Setelah berada dalam industri foto ni, sy dapat dan telah melihat pelbagai ragam dan situasi pelanggan terutamanya di Malaysia ini. Dengan skop yang lebih kecil adalah sekeliling sy.
Ada beberapa situasi pelanggan yang akan kita temui dalam industri ini. Antara yang sy pernah jumpa, dan perhatikan adalah :
1- Pelanggan mahukan pakej yang murah tetapi hasil yang baik
2- Pelanggan mahukan pakej yang murah hasil sukati la..
3- Pelanggan mahukan harga murah, tapi dengan pelbagai barang yang diinginkan. Contohnya harga RM 30 tetapi inginkan custom album, stickie album, Images in golden frame, 4R printed dan macam2 lagi..huhu…
4- Pelanggan yang bayar mahal dan mahukan hasil terbaik dari jurugambar mereka.
itu antara situasi2 yang pernah sy jumpa dan ketahui. Erm.. Fotografer juga ada beberapa kriteria yang pernah sy jumpa antaranya :
1- Baru pegang kamera, knowledge in shooting xda.. tp da amek job
2- Da pegang kamera, knowledge da ada, pengalaman xda, tp charge mahal
3- Da pegang kamera, knowledge pun da ada, tp bayaran murah sbb xde pengalaman banyak
4- Da pegang kamera lama, knowledge da tahap dewa, harga off kos la mahal sbb kualiti MELETOP ( I’m respect this type of photographer)
Kepada fotografer yang berada dalam golongan no. 1 tu, saya amat2 berharap agar dptkn knowledge dulu.. sy berkata begini sbb ada pelanggan yang pernah cerita pada sy “ sy bayar fotografer RM 500, tp kualiti, hampeh.. gambar gelap.. gune photoscape je…” aiyoo.. huhu.. ini akan timbulkan masalah kepada fotografer2 laen kerana ada ramai fotografer diluar sana yang menjaga kualiti.. namun, hanya disebabkan anda, mereka juga turut terkena tempiasnya.. maka keluarla perkataan “ alaa… amek gambar je.. nape cas mahal… “ sedangkan fotografer tersebut mempunyai pengalaman dan ability yang tinggi dalam bidang ini.
Ok, kita beralih pada pelanggan semula.. kepada pelanggan yang dihormati, sayangilah fotografer yang anda hired dan yakinlah pada mereka akan apa yang mereka akan berikan dan charge yang mereka kenakan.. sesungguhnya ada sebab musabab mengapa charge yang dikenakan sebegitu harganya..
Antara sebab mengapa charge jurugambar agak mahal adalah :
1- Mereka menggunakan peralatan kamera yang berkualiti xmungkin mereka ambil job dengan kamera compact kn..?
2- Mereka telah menghabiskan banyak masa dan wang ringgit semata-mata untuk menajamkan skill mereka untuk anda.. Adakah anda tidak mahu membalas budi mereka yang menghasilkan gambar terbaik untuk anda ini..?
3- Peralatan kamera yang mahal memerlukan maintenance yang tinggi.. Ibaratnya anda beli ferrari la kan.. duet minyak, ganti minyak hitam la, tayar ke ape ke.. semuanya maintenance kan..? Begitu juga dengan kamera yang mereka beli ini.. semakin mahal kamera yang mereka gunakan, semakin tinggi charge yang akan dikenakan untuk penghasilan imej terbaik untuk anda
4- Kos sampingan.. antaranya kos minyak, pengangkutan, penginapan, kos caj luar kawasan, kos editing, kos topup untuk menghubungi anda,kos printing,penghantaran dll lg.. nmpak x..? anda selaku pelanggan perlu berikan semua ini kepada jurugambar anda ibaratnya anda menjemput seorang yang berkredibiliti tinggi ke tempat anda.. bukan free2 je kan..? :) anda pun faham.. seandai nya anda berada di tempat jurugambar2 ini, anda juga akan faham.. xkn la kita nk gi amek gmbar org, kita lak nk gune duet sendiri pi sne..? sdangkan dorg yang hired kte.. kan..? :) cmtu la ibaratnya…
5- Yang selebihnya barulah upah @ gaji kepada jurugambar anda yang telah berpenat lelah sebelum, semasa dan sesudah selesainya majlis teristimewa anda tersebut..
Bayaran anda yang byk2 tu, da cover untuk semua, tinggal cebisan terakhir tu la untuk jurugambar anda… xkn tu pun nk berkire kn… ;)
So, harap kepada pelanggan diluar sana, bersama la kita renungkan .. fotografer ni bukan letak harga suka2.. makin tinggi pengalaman dan kemahiran mereka, harga mereka juga akan melonjak naek. tidak lupa juga akan barang2 seperti album, dan sebagainya yang akan anda terima berdasarkan pakej yang telah dipersetujui bersama.. Semoga jumpa lagi..
Sekadar pendapat… :)
CAJ LUAR KAWASAN UNTUK JURUFOTO PERKAHWINAN
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk ‘Tanya Hasnuddin – Outstation Charge‘ – 2 Oktober 2007)
Saya pernah ditanya oleh seorang jurufoto perkahwinan, bagaimana hendak meletak harga untuk perkhidmatan fotografi di luar kawasan. Apakah dan berapakah kos tambahan yang perlu dikenakan?
Katakan kita tinggal di Kuala Lumpur dan majlis perkahwinan diadakan di Kuala Terengganu. Berapa lamakah masa yang kita perlu ambil untuk sampai ke destinasi kita? Mungkin sekitar 6 jam. Pergi balik akan mengambil masa selama 12 jam. Jika 12 jam masa perjalanan itu digunakan untuk membuat suntingan foto misalnya, kita sudah boleh menyiapkan sebuah album! Jadi, kita perlu kenakan caj untuk masa yang digunakan dalam perjalanan pergi dan balik untuk tugasan luar kawasan.
Berapakah nilai masa anda untuk satu jam? Katakanlah jika nilai masa anda sejam adalah RM50, anda perlu caj RM50 X 12 jam (masa perjalanan pergi dan balik) Bermaksud, pelanggan perlu bayar RM600 untuk masa perjalanan anda. Ingat, itu belum termasuk kos petrol, tol dan penginapan.
Ada satu lagi perkara yang perlu diambil kira untuk harga tugasan luar kawasan. Apabila anda buat tugasan di luar kawasan, anda akan kerugian slot di Kuala Lumpur. Contohnya, jika anda membuat tugasan di Pulau Pinang pada hari Sabtu petang, anda sudah tidak boleh membuat tugasan di Kuala Lumpur di sebelah malamnya. Situasi ini perlu dipertimbangkan jika anda mendapat permintaan yang tinggi untuk merakam foto perkahwinan.
Apa yang saya tulis ini cuma sekadar panduan saja. Kita juga tidak boleh terlalu berkira dengan pelanggan kita. Apa yang penting, kita tidak rugi dan pelanggan juga berpuas hati.
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
artikel asal klik sini
Assalamualaikum…
Alhamdulillah dalam kesempatan ini, sy sempat untuk menaip dan berkongsi sedikit apa yang berlaku hari ni.. Saya, Hafiz dan abg Amin telah ke Menara Aqabah di Pasir Gudang Johor. dimana tujuannya hanya untuk bersuka ria dan sekadar untuk experimental in lighting. Anyway , lets look what happened there.. check it out..
dan inilah penutupnya.. nantikan kemunculan ainuddin.com siri ke dua…
untuk lihat hasil laen pd malam itu, sila klik sini
bagi sesiapa yang berminat untuk join outing kami.. bleh la hubungi saya di talian 0142362029 atau 0137038768….
Assalamualaikum.. lame x update blog.. teringin lak nk kongsi satu shot terbaru dengan sebuah family kat JB ni.. :) juz sharing with all of u.. shoot dgn berlatar belakangkan kain hitam. dan di olah secara digital .. lihatlah hasilnya.. ^_^
Thanks to them that trusted me to makes their family photoshoot .. U all are awesome..
Assalamualaikum.. agak terkejut jgk la td… sje bukak web PJB terperasan lak tajuk “Majls Ihtifal Khatam AL-Quran. time majlis ni, sy telah dipilih sebagai official fotografer untuk majlis ni..gambar x la seberapa, sekadar nk beramal untuk program2 Islamik sebegini..
nak tengok kat mane posting ni, sila klik sini
Assalamualaikum…
pakcik2.. dah mencekik ke belum.. oppss… salah plak.. huhu
ape khabar semua.. :) agak bz minggu ke minggu ni.. so, hari ni sy upload satu pic untuk tatapan bersama iaitu shot study.. tq kepada jemi dan hafiz dalam menghasilkan shot yg sebegini.. :)
hope all enjoy ya…
thanks a lot to this 3 PJB student for their time and comitment to poduce this image.. :) luv u all…





